Thursday 20 June 2013

Dulu dan Kini


Assalamualaikum~

Lama tak update blog. Sibuk lah nak SPM. Post dalam blog aku sikit sangat so aku nak tambah la ni. Nak kata takdak orang baca blog aku , ada ja aku tgk hahahah. Tapi sikit jak T_T

bila lah blog aku nak femes. syiok sikit nak update kalau orang suka baca. sobs sobs~

Okay. Berbalik kepada tajuk asal. Dulu hingga kini. Just nak tunjuk gambar aku dari kecik sampai skarang. Dulu-dulu aku hitam gila. Kalau aku ikut mak aku jumpak kawan-kawan dia depa akan kata-

# "aik? ni anak maklong ka? besaq dah noh. dulu haluih ja" (apa ke bahlul makcik ni, dulu-dulu memang la kecik. mesti tak masuk kelas sains time sekolah dulu. lulz)

# "ni dik mat ka ni? laa. hensem noh! tinggi pada mak dia! awat putih lani? dulu macam hindu botol dok lalu depan rumah makcik" (okay yg ni mula-mula puji lpas tu kata aku HINDU. anak dia lagi hitam. hahahaha)

# "amboi mamat hensemnya! putih!! besaq dah lani. tak lama boleh bela umi la noh" (makcik ni bertamadun sikit.)


Aku hairan gila. Aku taktau pun dulu aku hitam.Haha. Skarang pon aku rasa aku hitam ja. hua hua. Okay aku ada letak gambars aku kat bawah. Nak tengok scroll lah. Takmau sudah. Pi balik bancuh milo *macam takdak kaitan ja hoho*




Ni masa 9 bulan. Dagu mahal tu. Macam Siti Nurhaliza lah pulak xD
Yang ni pulak time umur 3 tahun kot. 

Darjah tiga. Dah start hitam. Pgi skolah naik basikal.  Jauh skolah

Ni pulak form 1. muka bajet gila! 

Aha yang ni aku suka gila! Form 2. Ada  org kata macam Adam Lambert -_-

Ni time form 3. Nilah zaman putih. Jerawat pon takdak :D

Ha! yg ni hitam balik, Tak silap lepas hari sukan. Form 4 kan kena handle macam-macam.

Ni pulak awal Form 5. Raya cina. Tengok tanglung kat blakang tu ha.  Putih balik~


and ni yg latest :)
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Assalamualaikum. Hi Beautiful :*













okay bajet bajet~




thanks for reading. kbye.







Saturday 27 October 2012

Cabaran RM1

Assalamualaikum. kum apa kumbek, bek apa bek ho hahaha bodo >_<

Hari ini anda semua akan disajikan dengan cerita daripada kisah benar yg berlaku pada hari ahad bersamaan dengan 21 oktober 2012. Tragedi yg telah membuatkan saham aku merudum dengan sekelip mata. Semakin hari berita ini giat disebarkan oleh saksi a.k.a wartawan balaci yg tak ada kerja.


Kisah ngeri ini berlaku sesudah umat Islam Sms Tuanku Syed Putra menunaikan solat fardhu magrib secara berjemaah di surau  sekolah yg baru dibina. CANTIK WHOOO!!! X caye meh la tengok seniri :)

Okay sudah! X larat nak berFormal-formal ni. Nak dijadikan cerita, time smua orang berpusu-pusu keluar pintu surau tu aku still dok kat dalam. Malas nak berebut. Ala bukan nak hilang pun pintu tu. Lepas ja smua blah aku pun bangun lah. Keluar kot pintu belakang.Ada girls yg tgh pakai kasut time tu. Bnyak jugak lah. Dalam sedozen gitu~

Elok smpai ja dekat gelanggang tenis tu aku stop jap. Usha bebudak form 1. haha. Then nampak  kawan aku , dia tengah usha tiang court tenis tu. Aku pun tanya lah dia.

"tgk apa wey?"

"Tinggi jugak kan tiang ni?" dia balas.

"ha tinggi jugak la. Tapi aku sampai ja kalo nak gayut kat situ" dengan bangganya aku balas ^_^v

Nak buktikan kata aku sampai so aku pun lompat lah. hiyahhh!!!  PAP! Tangan aku melekat kat palang tu sambil bergayut ala-ala mawas. Bhahahha. Tapi kaki aku tetiba cramp! Sial.

" Pergh!! Sampai doh! Hahah, kau mampu?" balas aku lagi dengan bangga sekali lagi. Actually ada girl tgh tgk . Wakaka.



muka bangga :3

"buleh la hang tinggi. Ce try buat skali lagi aku nak tengok. Tapi kali ni hang kena mendagu lima kali. AKU BAGI SERINGGIT  kalau hang boleh buat"

"SERIUS??!! Okay ja. tak bagi siap hang. Jap eh"

Dengan kaki yg masih half cramp aku lompat jugak. Dengar duit ni semangat bhaii. Hahaha. HIYAHHHH!!!!
PAP!  



And the things goes wrong. Nak tau apa jadi?



GEDEBUK!!  T_T

Ha tudia. Aku dah pening time tu, aku rasa kepala aku kena simen. PECAH JERAWAT KAT  DAGU AKU!!  Sedih sedih.dah la tu satu satunya jerawat yang naik minggu tu. Haha.  lols. Bontot aku kena air lopak yg macam teh ais kaler dia. Ada beberapa ketul batu yg agak besar dalam tu. Pergh. Enak sekalik baii.. Tapi yg menyakitkan hati, tak sampai seminit aku dah dengar ................  

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHA!!!!!!!!!

Cilaka malu gila baybe nih. Dah la bnyak awek dok tengok. Seluar kotor habis. JEANS BARU BELI TUU!! T_T Basah pun ada. Tapi semua tu x penting ! Yang penting maruah aku bhaii. Sial. Sakit sampai tak buleh bangun. Rasa macam tulang jubuq aku retak pun ada. Tinggi tuu. Ada la kod dalam dua meter aku jatuh.

Tuntasnya, aku seorang manusia yg otak tak berapa nak berfungsi. Sewel dan yang sekutu denganya.

                                             Sekian terima kasih kepada yg masih gelakkan aku :)

  

Friday 19 October 2012

Rambut Kena Pangkas!

Assalamualaikum.. kum.. kum..kum =..= hahahaha gilak!! 

Hi. tadik aku  baru habis jawab subject killer habis ah. FIZIK. eh bukan. actually PJK dengan SIVIK je. haha. killer la sangat. luls. aku x sempat bukak buku pun. titsboobs(textbook) dalam loker tu dah berkulat dah kot. wakaka. okay mengarut >_<

before jawab exam tu aku macam besa ah. tawaf satu blok kelas form 4. boring duh nak tunggu pkol 9. jalan jalan jalan jalan jalan. haha. jalan sampai pkul 9 lpas tu masuk kelas lah. cikgu yg jaga exam kali ni cikgu Ramizah yg kiut dan garang
lagi menawan. Elok-elok dia nak edar kertas tu tetiba dia tgk pelik dkat white board dan kemutkan muka. bhahaha. comel tahap. :D  then dia marah. "apa ni! cepat padam! cikgu x mau bagi kertas lah macam ni. kalau cikgu masuk satgi hampa tak padam x payah jawab!

nampak dak org kat tepi pokok tu?  buat huruf  'PJK'   kalau x nampak klik gambar .budak kelas aku ni kreatif sikit,..
Yang ni pulak kat tepi dia. buad sangap olympic games apa tak tau =_=
kay ni dah lari tajuk bhaii. hahah sori sory~
yang  rambut kena pangkas tu time baru balik dining. kira-kira dalam pkul 10.30 kot. aku dok berdiri kat koridor lpas tu nampak yusri masuk bilik HEM. aku pon jerit mengilai semua ah pangil dia."yus!! amik sabun kerr? yus!! hoii!! HAHAHA! nak sikit! share ah nanti nah! " dia pegi amik sabun vitamin hapa x tau. beli online so pos hantar kat skolah.

selepas itu. cewah ayat! haha. okay berbalik ke cerita tadi. bila dia dah naik atas kat depan pintu kelas, aku follow ah dia nak usha sikit sabun tu. dia tgk aku sambil senyum dia berkata:-

"wey McD panggil hang" (nama cg HEM skolah aku Ahmadi dan dipanggil McD muahahaha jahat XD)

aku pun balas,
"serius?! cinabong betul! awat pulak wey! jejey uh. tiba-tiba ja nih!

"rambut hang tu . dia nampak. dia suruh panggil hang"

"NOKHAROOM!!! tobat kena cantas satgi!! nak raya ni wey T_T

                                                       #######


masuk ja bilik hem tu aku dah rasa seram bai. pastu dia(McD) suruh aku masuk lam bilik puaka yakni bilik cantas kepala rambut yg melanggar undang-undang negara. cilako betul. x sangka aku jadi victim hari nih T_T

dengan senyum yg  menawan McD berkata   "srap! srap! srap! srap! srappppp! okay siap :) sapu dulu rambut-rambut-rambut awak sebelum keluar"

ayam betul. dah la rambut kena potong. lpas tu kena jadi balaci pulak sapu sapu nih. tok nenek betul~
aku nih bab sapu-sapu nih mau bersih. sampai habuk2 dalam bilk tu pun aku sapu. mulia x hati aku? haha
lama jugak la aku sapu. nak tunjuk baik sama. dalam bilik seram tu banyak cikgu cikgu whihihih :D

lepas tu aku lari sepantas kilat ke toilet!

"SON OF A BITCH!  cilaker btol lah "
pendek bhai rambut aku!! macam padang woodball doh!

 
ni sebelum ditarah
p/s abaikan pintu kat belakang XD
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 Taraaaaaaaa~


palabush betul. kesimpulan nya:-
-jauhi diri dari bilik HEM
-elakkan dari bertembung Cg HEM
-jangan dop buat rambut plik-plik-plik kalau duduk sekolah asrama.
sekolah aku ni peraturan ketat gila! kalah bra Nicki Minaj


sekian tima tasih :)